Sunday, November 30, 2014

My Midnight Cries

I stay awake every late night since my SPM finished .. Thinking, thinking and thinking like always .. Figuring out what I would like to do after SPM .. Still confuse about my future ..

Tngh2 malam ni kena marah dgn parents ..

"Kau ingat dgn kau punya parkour, kau punya bar, kau boleh buat duit? Kalau setakat nak main parkour, main bar, baik lepas tingkatan 3 dulu kau berhenti sekolah je.. Ni kau dah ambik SPM, minta la sambung belajar mohon mana2, ni tak, kerja dgn parkour dgn bar kau tu je"

Patah semangat aku nak buat lagi sukan2 lasak ni .. :') Kalau diorg x suka aku join benda ni, knp x halang aku masa aku form 1 dulu? Bila dah lama, dah jadi hobi, baru sekarang nak halang?

Dulu aku xde minat .. Aku xde hala tuju .. Kerja aku gi sekolah usha awek, lepak ngn member je tahu .. Dulu diorg juga yg marah, aku xde pendirian, xde hala tuju dlm hidup .. Then bila aku dah mula menaruh minat dlm parkour & bar ni, diorg tak suka .. :')

Okay, maybe aku sedar semuanya silap aku .. :') Tahun ni, aku selalu keluar rumah pagi2 untuk jogging, ptg2 untuk parkour, mlm2 main bar .. Aku selalu xde kat rumah .. Sbb tu diorg marah .. :')

Tapi, diorg ade ckp, apa aku buat tu semua buang masa je .. Even kwn baik aku sendiri ckp semuanya buang masa xde function ..

And now .. Tanpa parkour & bar ni, aku xtahu apa minat aku .. :') Maybe mcm ni lebih baik, duduk rumah berbakti kat ibu bapa je ..

I hope I will find what I really interested in someday .. :')

Wednesday, November 26, 2014

Next Step Towards My Future

Hai! Selamat pagi, tengahari, petang mahupun malam mengikut waktu bila yg korg baca post ni.. XD So, hari ni bertarikh 26/11/14.. Tahu x apa maknanya? Maknanya, esok aku last menduduki SPM..! Tak sabar rasanya nak habis SPM.. Serius, rasanya dlm byk2 exam yg aku pernah lalui, SPM lah yg aku rasa paling susah giler ah.. haha.. Mana taknya, kena masukkan 9 subjek dlm kepala otak.. Pastu yg x tahannya lagi, SPM ni berlangsung mencecah sebulan lebih.. -.-" Dah la seminggu sebelum SPM dah tension, pastu SPM pula bukan  main lama, jadi tensionnya pun lama umpama gear enam bukan main panjang tempohnya sampai sebulan lebih tension.. (Gear enam eh? Kereta standard biasa ade sampai gear 5 je.. XD) Kalau dulu, setakat UPSR & PMR, baru berapa hari je.. Tak sampai dua minggu pun.. Tu yg boleh relax je jwb.. haha.. >_<

So, agak2, lepas SPM nanti apa aku nk buat.. Hmm.. Entahlah.. Kena plan awal2 ni, kalau tak memang rugilah sepanjang cuti xde buat apa fikir nak buat apa.. (Nampak ayat putar belit di situ? XD) Nak kerja, tapi xtahu nk kerja apa yg sesuai dgn diri aku ni.. :/ Apa yg aku tahu skrg ni, sepanjang cuti ni, aku nak teruskan hobi aku iaitu aktiviti sukan lasak; Parkour, Tricking & Bars.. Duit belanja mcm mne plak? Tak perlu rasanya.. Aku kalau ade duit, nanti aku membazir, guna untuk benda entah pape.. Tengok wayanglah, main bowlinglah, shoppinglah.. Kan membazir tu? Better aku duduk rumah, tolong buat kerja2 rumah then keluar "beraksi" (Main parkour, tricking n bar semua tuh.. xmo fikir lain okeyh :P) Kalau tak kerja, aku ade masa untuk layan twitter, FB, wechat apa semua.. (Tapi bila fikir balik sama je buang masa.. -.-")

Mak aku paksa aku mohon mana2 tempat belajar sebanyak yg boleh.. -.-" Tapi tahulah kan, aku ni, pemalas sikit orgnya.. (sikit jeyh xbyk >_<) Entahlah, aku sendiri tak tahu apa cita2 aku.. :/ Mcm2 cita2 aku nak jadi.. Nak tahu sbb apa? Sbb aku ni cepat bosan dgn sesuatu perkara dan sentiasa ingin cuba benda baru.. Aku rasa kalau mcm ni, bakat aku lebih kepada bidang kesenian maybe? Contohnya mcm pelakon ke, pengarah filem ke, penyanyi ke? (Pandai nyanyi ke? Tak T.T) Sbb bidang seni ni memerlukan sesuatu yg baru setiap hari, dan sentiasa memerlukan sesuatu yg menarik minat dan perhatian org ramai.. Maybe kalau aku ade peluang, aku nak melangkah masuk dlm bidang kesenian.. Kalau xde peluang? Bedal jela masuk bidang apa2 yg parents suruh.. (Biasanya kalau buat apa mak ayah suruh ni nanti apa yg kita buat tu nanti hidup berkat tau >_^) Selain drpd tu, aku akan tetap teruskan sukan lasak aku.. Walaupun aku ni budak baru dan tak berapa nak power (merendah diri) dlm bab2 parkour, tricking & bar ni, tapi aku akan teruskan usaha biar aku dapat bersaing dgn org2 yg lebih hebat drpd aku kat luar sana .. ^_^

Tahun ni umur aku baru 17 tahun.. Masih byk lagi yg perlu aku belajar.. Masih jauh lagi berjalanan yg perlu aku lalui.. Walaupun baru 17 tahun depan dah nak masuk 18, aku terasa diri aku mcm dah tua sngt, xtahu sbb apa.. XD Maybe sbb aku ni anak sulung.. Tahulah kan anak sulung beban dia berat giler nak mampos.. (Amboi, overnya.. XD) Seriously, nak jadi seorang abang yg betul2 baik untuk keluarga mmg susah.. Ni baru nak jadi abg, belum lagi jadi suami esok2, lagi berat tanggungjawabnya nanti.. (Jauhnya berfikir sampai suami2 bagai XD) haha.. Okay.. That's all for now I guess.. Kay chaww~ ^_^