Saturday, April 25, 2015

Sahabat Lama

Ada satu hari tu,
 tengah scroll-2 facebook,
Ternampak status seorang ex-classmates masa sekolah rendah dulu,
Stalk dia kejap . . .
Terlihat dia bahagia dgn kehidupan dia..
Mula lah membara rindu di hati,
pada ex-classmates sekolah rendah dulu ..

Ada sorg kawan,
Ayah seorang arkitek manakala mak seorang doktor ..
Mmg berasal drpd keluarga yg berstatus tinggi ..
Dulu kami kawan baik,
Pergi ke mana tak pernah terpisah ..
Mak dia sangat sanjung pd aku ..
"Cuba la belajar pandai2, tengok Asyraaf, pandai je orangnya"
Tapi itu dulu ..

Kami berpisah setelah result PMR keluar,
Dia dapat straight A manakala aku cuma miss satu A,
Dia dapat sambung belajar di KL,
Aku?
Disebabkan aku miss satu A,
Aku still di sini, Johor Bahru tempat aku membesar ..
Semenjak itu, kami berpisah ..

Seorang demi seorang kawan baik aku yg bijak pandai pergi,
Aku seorang masih di sini ..
Mungkin dah takde rezeki ..
Naik sahaja tingkatan empat dan lima,
Perangai aku berubah seratus peratus ..
Terpengaruh dgn rakan sebaya,
Terpengaruh dengan media sosial,
Dan sekarang aku tak lagi mcm dulu ..

Bila teringat balik kenangan dan diri aku yg dulu,
Tiba-2 terus mengalir air mata kekesalan,
"Kenapa aku jadi macam ni?"
"Ke mana perginya diri aku yg lama?"
"Ke mana perginya kepandaian dan kehebatan aku?"
Ku merenung jauh seorang diri ..

Mungkin sebab riak ..
Mungkin sebab aku bangga diri ..
Diri aku yg lama terus pergi jauh daripadaku ..
Aku tak lagi sebijak dulu ..
Sifatku juga tak sebaik dulu ..
Mungkin ini balasan untuk diriku ..
dan mungkin ini dugaan yg Allah turunkan pada aku ..
Untuk aku meronta dan mencari jalan keluar,
daripada kejahilan yg berpunca drpd diri sendiri ..

Jika dahulu aku berusaha lebih,
seperti kawan2 baikku dahulu,
sudah pasti aku sudah berada di tempat yg sama seperti mereka ..
Berada di sekolah yg bagus,
yg masa depannya lebih terjamin,
Bercampur dgn pelajar-2 yg hebat-2 belaka,
dan sudah pasti diri aku akan berpuluh kali ganda lebih baik,
daripada yg sekarang ini ..

Wahai sahabat lama ..
Akan aku kirimkan kebahagiaan,
dan kesejahteraan dalam hidupmu,
melalui doaku kerana merindui dirimu..
Aku terharu melihat sahabat-2ku,
sedang berusaha memajukan diri,
mengejar impian yg ternanam jauh di sudut hati,
semenjak kami di bangku sekolah lagi ..

Tapi aku ..
Aku masih di sini ..
Sedang meronta dalam hidupku sendiri,
entah tak tahu ke mana hala tujuku ..
Hidup terperap bagai katak di bawah tempurung,
yg sudah pasti amat jauh untuk mengejar kejayaan sepertimu ..

Aku juga berharap suatu hari nanti,
aku juga pasti akan berjaya,
dan mulai detik ini,
aku akan berubah ..
Walaupun masih keliru dgn matlamat hidupku,
tapi aku yakin,
aku akan jumpa apa yg aku inginkan dalam hidupku ..
Dan pabila sudah berjaya nanti,
Aku harap persahabatan kita akan terjalin seperti dulu ..
Tunggulah aku wahai sahabat,
Aku pasti akan berjaya ..

Nukilan ikhlas dari hati oleh Ash