Saturday, February 28, 2015

"Aku Sunyi !!"

Assalamualaikum! Sorry.. Ash semenjak dua menjak ni mmg busy sungguh.. @_@ And lagi satu malas nak on lappy.. Even kat hpon Wechat, facebook, and sewaktu dgnnya pun dah jarang.. So, Ash hidup anti-sosial.. Hee~

Nak dijadikan cerita lah kan, Ash ni sememangnya seorang yg anti-sosial.. Bukannya apa, Ash mmg jenis susah nak ngam ngn org.. -.- Even dgn sesiapa pun, walaupun dgn classmates sendiri yg dh kenal bertahun lamanya, tapi kalau contact je mesti rasa cm kekok gitu @_@

Kalau nak rapat dgn Ash kena ambil masa yg lama.. Tapi dlm sesetengah kes, kalau jiwa serasi, boleh aje ngam ^_^ Yg penting bukan dlm masa lima minit :P Ambil masa jgak, tapi mungkin sekejap, around a week or something? Ngee~ ^_^
So, the point is boleh dikatakan yg Ash ni tak reti berkawan? *Maybe . . . ._.*

Krik krik~ *cengkerik sesat*

Maybe Ash ni jenis yg tak suka nak jaga tepi kain org, ambil berat pasal org.. Sbb apa? Sbb Ash sendiri hidup jarang bergantung pada org.. ._.

Kalau sakit xdenya nk call member, "Weyh, aku sakit, datang lah melawat weyh! Manelah tahu aku okay nanti.." Seriously, Ash mmg bukan jenis yg camni.. -.-

Ataupun yg mcm ni, "Masa SPM dulu kau study tak? Berapa jam sehari habis untuk study?" Or "Kau ade beli rujukan tak? Berapa byk kau beli? Wahhh mesti pandai kan, aku belajar guna buku teks je" Seriously, these are really not me.. -.-

Ash jenis yg hidup dlm dunia Ash sendiri.. Kalau Ash sakit ke masuk hospital ke, Ash diam je.. I enjoy my time being sick all by myself.. Yg kwn2 tahu just, "Oh, Acap sakit, tu yg tak datang sekolah" That's all.. Nobody know how hard I have to survive my astma.. And takde siapa tahu betapa sakitnya menahan perit luka-luka or terseliuh akibat accident or sukan lasak yg Ash slalu buat .. Fyi, Ash jatuh motor melebihi 15+ kali.. Mmg xde bakat bawak moto I guess ._. Tapi dpt jgak lesen moto, muahaha >:3

Semua keperitan tu, Ash tanggung seorang diri.. Jaga diri Ash sendiri.. Sapu ubat, makan ubat semua sendiri.. Sampai kdg2 rasa kesunyian tu dah xde sbb dah biasa buat semuanya sendiri..

Malah bukan dari segi sakit2 tu saje, benda lain pun mostly Ash buat sendiri.. Especially, my essays at school! Yeay!

Kawan 1: Pinjam jap buku nak tengok kau buat isi satu mcm mana
Kawan 2: Ni kau masukkan je isi ni hurai ni blablabla
Kawan 3: Hak alah kau ni, tu pun tak tahu
Kawan 1: Tak salah kalau tanya kan

And so on..

Dalam masa yg sama . .

Kawan 1,2 & 3 : Blablabla . . . .
Me: *Dlm hati: Ayat dia mcm ni, masukkan yg ni, cikgu ckp cmni tdi, lepas tu ini and then cmni..*

Apa yg Ash cuba nak tekankan kt sini, Ash sendiri jarang berkomunikasi dgn kwn2 walaupun ketika belajar.. Apa yg jadi panduan Ash masa belajar is apa yg cikgu terangkan kat depan.. That's all.. Sbb tu Ash jarang berkomunikasi dgn org lain nak tnya benda yg entah pape..

Ash seorang yg pemalas.. So, hehee.. Biorlah! :P Asal kerja siap sudah.. I keep everything simple! Bak kata idola Ash, Bill Gates,"Kalau ada sesuatu kerja yg susah, saya akan serahkan pada org yg malas kerana mereka pasti akan jumpa jalan mudah untuk selesaikannya"

Betul tu.. Ash setuju 100%!! Org lain ambil masa berjam, berhari, berminggu siapkan hw diorang.. Separuh masa diorg je habis untuk tanya pasal hw.. Manakala Ash, tak kesahlah hw byk mana skali pun, one day is enough.. I'll make it as simple as I could.. :P *Pemalas..Wekkk :P*

Sebab tu jugalah Ash tak ramai kawan.. Ash susah nak campur dgn org.. Jiwa Ash tak kena dgn jiwa org lain :/ And Ash rasa cuma ada 1 dalam 1000 org mcm Ash ni.. Omg spesies terancam!! *Pengsan*

So, that's all for today!! Ash mmg suka post waktu tengah2 pagi camni.. Tak tahu kenapa, tapi Ash rasa sel otak Ash berhubung XD *Mcm iklan susu kanak2 kt tv plak XD* Haha.. Okay2, Take care dear readers ^_^ Sorry kalau cerita Ash selama ni cuma luahan seperti diari biasa je..   Siapa je yg nk baca diari? Tak ramai rasanya.. Hmm.. Ok bye! ^_^

Monday, February 23, 2015

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Klik banner untuk join, okay? ^_^
Assalamualaikum semua, jom pakat2 join segmen ni.. hihii ^_^
Ash sendiri dah lama x join segmen2 mcm ni.. hehee..



Busy Tak Kira Masa

Assalamualaikum!

Rasanya dah lama gila Ash tak post dalam blog ni.. Jgn ckp post, laptop pun Ash tak on, mcm mana nak post kalau cmtu.. Haha.. Ish, nak dijadikan cerita, Ash semenjak dua menjak ni memang seriously busy and not in mood untuk on laptop sampai lupa terus pasal blog Ash tersayang ni.. (Hihii, tersayang konon.. Pegi dahhh :P)

Disebabkan family Ash balik Kedah, Ash tinggal berdua je kat rumah dgn adik lelaki Ash.. Tapi masalahnya, malas betul kteorg nak masak.. Ahaha :P Jadi selama tiga empat hari family xde, kteorg asyik2 makan kat luar jela dgn duit yg mak tinggalkan.. (Cehhh, mcm org kaya asyik2 makan luar.. haha :P)

And disebabkan tu jugak, Ash mmg jarang balik rumah, sebab kat rumah xde siapa.. Adik kerja petang smpai tngh pagi baru balik.. So, mmg Ash merayap jela jawabnya sampai xde masa and terlupa nak on laptop.. -,-

Tapi entah bagaimana, tiba2 di awal pagi ni boleh tergerak pulak hati nak on laptop.. Pelik.. -.- haha.. Tak kesah lah.. Nanti Ash cuba selitkan cerita menarik dlm post seterusnya.. (janji palsu :P)  hihiii, okay.. Till next time ^_^

Saturday, February 14, 2015

Cinta Pandang Pertama Zaman Sekolah (Episod 2)

Jom2 baca! Sambungan untuk episod sebelum ni.. Hee~ ^_^ Disebabkan sebagai tanda maaf sebab dah lama tak menge-post, Ash taip cerita kali ni lebih panjang daripada episod 1 sebelum ni.. So, here we go~

Tahun baru telah tiba.. 
"Wohoooo~! It's tahun baru, man! Excitednya nak berlagak jadi senior tahun ni.. hahaha" kataku di dalam hati keseorangan. Keputusan peperiksaan akhir tahunku tidaklah begitu memberangsangkan. Namun masih tidak terdetik pun di dalam hatiku untuk belajar bersungguh-sungguh walaupun aku tahu tahun ini aku akan menduduki peperiksaan SPM pada akhir tahun.

Angan-anganku untuk menjadi senior pada tahun ini jauh lebih menarik perhatianku daripada ingin mengejar kecemerlangan dalam SPM yang penting dalam hidupku. Impianku untuk menjadi seorang senior yang terkemuka semakin lama semakin menjadi-jadi apabila aku dilantik menjadi pengerusi di sebuah kelab kokurikulum di sekolahku.

"Di sini kita ada dua orang calon, siapa yang ingin mengundi sila angkat tangan ye?" kata seorang guru yang mengetuai kelab fotografi. Sementara aku dan seorang lagi calon yang juga merupakan sahabatku, kami diminta untuk menunggu di luar sementara undian dijalankan. Walaupun begitu, melihat daripada cara dan gerak geri sahabatku ini, dia sememangnya tidak terlihat begitu berminat untuk menjadi seorang pengerusi mungkin kerana tidak ingin memikul beban yang akan dibawa oleh seorang ketua. Manakala aku sudah berkobar-kobar di dalam hati kerana tidak sabar untuk menjadi seorang pengerusi yang merupakan impian aku semenjak dahulu lagi. Mungkin daripada gayaku yang terlihat seperti begitu excited untuk menjadi seorang pengerusi, ini telah menyebabkan undianku jauh lebih banyak berbanding sahabatku tadi.

"Dengan ini, Asyraaf akan jadi pengerusi Kelab Fotografi kita" kata guru kelab fotografi sambil tersenyum dan memberikan tepukan tanda sokongan dan dorongan untuk aku memikul tanggungjawab ini. Dengan menahan malu dek kerana tepukan gemuruh oleh setiap ahli-ahli kelab, aku berjalan menuju ke tempat dudukku sambil tersenyum-senyum tanda gembira.

Bukan itu sahaja, malah aku juga turut dilantik menjadi pengerusi bagi Unit Beruniform dan rumah sukanku. Ada juga di antara ahli-ahli dan guru yang menyatakan aku gila kuasa. Jangan salahkan aku. Aku dilantik kerana tiada ahli-ahli yang ingin tampil ke hadapan untuk mencalonkan diri mereka sebagai pengerusi. Walaupun ada yang dicalonkan, namun semangat dan minat untuk menjadi seorang pengerusi langsung tidak terlihat dalam diri mereka. Oleh itu, aku yang dilantik untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Disebabkan perlantikan tersebut, rata-rata ahli daripada pelbagai kelab dan unit uniform semua mengenali aku. Namun sayang sekali, itu masih tidak mampu menambat hati sang kekasih hati yang gerangannya entah di mana. Dahulu, kekasih hatiku sering dapat ku lihat kerana kelasnya berada hanya di hadapan kelasku ketika beratur di tapak perhimpunan. Namun kini tidak lagi. Kelasku tahun ini, 5SN3, berada di hadapan sekali di tapak perhimpunan manakala aku masih tidak tahu kekasih hatiku ataupun yang digelar crush berada di kelas apa tahun ini.

Setelah beberapa bulan berlalu, tanpaku sedari aku telah berstatus "taken". Namun bukan dengan sang kekasih hatiku yang ku tercari-cari selama ini tetapi dengan seorang atlet sekolah yang pertemuan kami langsung tidakku sangka.

Pertemuan kami bermula pada sebuah petang. Selesai sahaja aku study group bersama-sama rakan kelasku walaupun kami lebih bermain dan berbual daripada study, kami pun berpakat untuk pulang ke rumah apabila jam sudah menunjukkan pada pukul 6.00 petang. Seperti biasa, aku akan mengasingkan diri daripada kumpulan rakan kelasku dan berjalan sendirian. Aku menuju ke hadapan pintu sekolah lalu meletakkan beg sekolahku yang berat ibarat membawa dumbell seberat 10KG di bangku kerusi yang ada di hadapan pintu sekolah.

Sebaik sahaja aku bangun dan menuju ke arah public phone untuk menelefon sahabatku untuk mengambilku di sekolah, tiba-tiba terlihat seorang gadis atlet berjalan menuju ke pintu pagar sekolah sambil melihat tajam jauh ke dalam mata aku lalu duduk di bangku kerusi. Kami pun bertentang mata dengan agak lama lalu aku memulakan perbualan.

"Kau dah kenapa tengok aku macam tu, hah?"
"Mana ada, kau yang tengok aku dulu!"

Aku terdiam dan berfikir sejenak dalam keadaan confuse, "Eh, dah kenapa perempuan ni. Bila masa aku tengok dia?" Kemudian aku sambung perbualan tadi.

"Bila masa aku tengok kau dulu? Kau yang tengok aku dulu!"
"Iyeee! Kau yang tengok aku dulu!"
"Okay cuba bagitau bila aku tengok kau?"
"Ada time kat kelas kau selalu tengok aku!"

"Haa sudah, bila masa pulak ni..." keluhku sendirian.

"Bila masa aku tengok kau kat kelas?"
"Selalu. Kau lepak belakang pintu kelas lepastu kau tengok-tengok aku"

"Okay, mmg selalu lepak belakang pintu kat kelas tapi rasanya tak pernah kot tengok dia. Perasan kot budak ni..." sambungku di dalam hati.

"Ouh okay, memang ada aku selalu lepak belakang kelas, tapi kenapa kau cakap aku tengok kau?"
"Kelas kita depan2, kau biasa stay kat pintu belakang kelas kau pastu tengok kelas aku..."
"Kelas kau yang mana satu?"
"Alaahhh yg ada langsir warna oren-oren cantik tu"
"Ouh okay, kau kenal aku?"
"Tak"
"Pastu mcm mana boleh tahu tu aku?"
"Sebab kau selalu tengok aku"

Mulai daripada pertemuan tersebut, kami selalu bertemu dan spend time bersama. Selesai sahaja aku study group, kami akan berjumpa di hapadan pintu sekolah sebaik sahaja dia selesai latihan dia sebagai seorang atlet sekolah. Lama-kelamaan kami menjadi semakin rapat namun tidak terdetik pun dihatiku untuk jatuh hati padanya. Kami digelar "couple" kerana hubungan kami yang semakin rapat dan menjadi kecoh sehingga diketahui ramai akibat rakan-rakan atlet dia. Aku pun mengiyakan sahaja apabila ada yang bertanya jika dia ialah girlfriend aku. Lagipula, aku seronok berkawan dengannya kerana dia sanggup meluangkan masanya untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai aku. Aku rasa dihargai bila bersama dengan dia.

Walaupun begitu, hubungan kami tidak berkekalan lama. Disebabkan dia terlalu busy dengan aktiviti sukannya, kami sudah jarang berhubung. Namun, as always lelaki yang setia seperti aku ini, selalu ditinggalkan apabila hati sudah mula sayang. Bila difikir balik, begitu mudahnya remaja zaman sekarang mengambil ringan mengenai sesuatu hubungan. Tidak hairanlah jika percintaan zaman sekolah dianggap cinta monyet. Lain pula bagi aku yang selalu serius dalam perhubungan.

Hubungan kami berakhir sebaik sahaja MSSD telah tamat. Tahniah kepada para atlet sekolahku kerana berjaya menjulang piala kejuaraan bagi tahun ini. Sebaik sahaja MSSD tamat, gosip dan khabar angin mula tersebar bahawa dia ingin memutuskan hubungan kami. Apabila khabar angin tersebut sampai kepadaku, hatiku terkilan dan terluka yang teramat sangat. Aku segera mengambil peluang berjumpa dengannya. Dia tidak berkata apa malah menyalahkan aku. Apakan daya, hubungan kami akhirnya putus.

Beberapa minggu telah berlalu dengan penuh kenangan pahit menghantui aku. Disebabkan itu, aku begitu tak suka jika ingin memulakan sebuah hubungan couple daripada dulu. Walaupun biasanya orang kata lelaki ni selalu memutuskan hubungan, namun tidak begitu juga sekiranya pihak perempuan langsung tidak mencuba untuk mempertahankan sesebuah hubungan tersebut. Itulah yang berlaku padaku.

Dalam kegelapan, tak disangka ku temui satu cahaya harapan baru apabila aku melakukan study group seperti biasanya di sekolah. Berbezanya kali ini, aku study seorang diri di library sekolah. Sedang asyik study, muncul sekumpulan pelajar perempuan duduk di belakang mejaku. Apa yang aku lihat cumalah beberapa orang juniorku. Aku bangun lalu duduk satu meja dengan mereka dan mula berborak kerana sudah bosan duduk berseorangan.

Kami berborak, berbual, dan cerita serba sedikit tentang kisah hidup masing-masing. Walaupun ada di antara mereka yang tidak ku kenali tetapi aku buat muka tembok dan bercerita seperti biasa. Apabila dua di antara mereka bangun untuk mengambil buku rujukan di rak, tinggallah aku dengan dua orang junior yang lain yang tidak begitu rapat denganku dan salah seorang di antara mereka merupakan seseorang yang tidak aku kenali itu.

Dalam sedang mencari topik untuk dibualkan, aku memerhatikan mereka yang sedang study. Tiba-tiba, mataku tertumpu pada seorang gadis yang tidak ku kenali itu.

"Eh, dia ni? Macam pernah nampak.. Kat mana eh?" fikirku di dalam hati,

Rupa-rupanya, umpama bulan jatuh ke riba, sang kekasih hatiku kini muncul sebagai cahaya bagiku di dalam gelap.

"Awak, saya dah lama tunggu awak. Terima kasih muncul dalam hidup saya kembali sebagai semangat untuk saya terus melangkah" harapku di dalam hati.

Bersambung . . .

So, camne ceritanya? Boleh tahanlah kan.. Takdelah setanding cerita novel kat kedai2 buku yang berbayar tu.. Haha.. Benda free, terima jelah seadanya.. haha sorry kalau tak semenarik yang disangkakan >_< So, mulai esok Ash dah mula post entri yang entah pape.. So, nantikanlah ea? haha.. Take care dear readers! ^_^

Selamat Tengahari Dunia !

Hai2, selamat tengahari semua! Well, knp ucap selamat tengahari? Obviously cuz, post ni ditaip pada waktu tengahari.. Haa, kang nanti ada yg pelik plak, "Aik skrg dah malam, ape kejadahnya si Ash ni ucap tengahari?" Haa itu bagi sesiapa yg baca post ni pada waktu lain la.. hahaha..

Okay! Sorry sbb dah lama tak update, maklumlah dah kata kan internet quota habis .. -.-" And smlm baru renew quota.. Tapi smlm busy sikit, sbb tu tak post.. hihii ^_^ So, nanti malam Ash post sambungan drama yg Ash buat dalam entri sebelum ni.. So, stay tuned.. ^_^

Friday, February 6, 2015

Masalah Teknikal

Maaf ye, dalam masa dua atau tiga hari ni Ash maybe akan menyepi kejap sebab internet dah habis kuota T.T Sampai nak buat post pun tak boleh, ni buat pun kira nasib je ni.. huhuu.. Apatah lagi nak blogwalking, mcm tak bergerak je page yg nak dibuka tuh.. Sorry kay.. >.< See you soon.. ^_^

Thursday, February 5, 2015

Cinta Pandang Pertama Zaman Sekolah (Episod 1)

Assalamualaikum :) Kali ni Ash nak cerita pasal kisah cinta boleh? haha.. Well, mostly kalau remaja lebih kurg sebaya Ash suka aje an baca cerita2 mcm gini.. So, here we go~ :D and cerita ni merupakan flashback kisah cinta hidup Ash masa zaman sekolah dulu.. Tapi kali ni kita buat ala2 novel gitu, okay.. :D Hope korg enjoy, maybe? XD

Kisahnya bermula . . .


Tepat pada pukul 5.30 pagi, alarm handphoneku berbunyi dengan begitu kuat sekali memecahkan suasana sunyi pada waktu pagi. Aku terbangun lalu aku letakkan alarm tersebut pada mod snooze dan kemudian aku sambung tidur untuk menikmati mimpi yang tertunda dek kerana alarm yang berbunyi tadi. Setiap lima minit selepas itu, alarm akan berbunyi dan aku akan masih setkan mod snooze sehinggalah aku sedar jam sudah tepat pada pukul 6.00 pagi. Begitulah rutin harianku yang cuba untuk bangun awal pada setiap pagi tetapi tidak berjaya.

Setelah sedar daripada mimpi yang tiada penghujungnya dan gangguan daripada alarm yang telah aku setkan, aku lantas bangun lalu mengambil sehelai kain tuala dan terus meluru masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Air baldi yang begitu sejuk kerana embun, aku curahkan ke seluruh tubuhku sehingga menggigil tak sudah aku jadinya sehinggalah aku selesai mandi. Selepas mandi, aku lapkan tubuh badanku sehingga kering lalu menyarungkan uniform sekolahku. Melihat diriku ke dalam cermin, aku tertawa sinis sambil berkata di dalam hati, "Wahhh, boleh tahan hensem juga aku ni sebenarnya kan?". Aku sedar walaupun aku ini ibarat masuk bakul angkat sendiri, tapi siapa lagi nak puji diri kita kalau bukan diri kita sendiri? Tidak lama kemudian, aku terdengar suara ibuku memanggil daripada dapur, aku sudah faham, mesti sarapan untukku telah sedia dihidangkan olehnya. Lalu aku turun ke bawah dan duduk di meja makan untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan dengan penuh kasih sayang oleh ibuku.

Selesai sarapan, aku salam dan mencium tangan ibuku sebelum aku pergi ke sekolah. Ibuku juga berpesan kepadaku, "Pergi sekolah belajar rajin-rajin tau?". Itulah kata-kata yang dilontarkan olehnya setiap pagi sebelum aku keluar rumah. Aku juga seperti biasa akan angguk sahaja tanda faham dan terus menuju ke sekolah.

Setiap pagi, pintu sekolahku penuh dengan kesesakan oleh bas dan van sekolah, motosikal para pelajar yang tak henti-henti lalu, dan kereta daripada ibu bapa pelajar yang menghantar anak mereka ke sekolah. Setelah turun daripada motosikalku, aku berjalan sambil memerhatikan para pelajar yang masuk ke dalam pintu sekolah. Sampai sahaja di pintu masuk, seperti biasa aku akan senyum pada cikgu kaunseling yang menjaga pintu tersebut untuk memastikan para pelajar sentiasa berpakaian kemas mengikut peraturan sekolah dan mendenda pelajar yang datang lewat ke sekolah. Tetapi sekiranya cikgu disiplin menjaga pintu pada hari itu, aku akan menundukkan kepala sahaja dan berjalan seolah-olah cikgu disiplin itu tidak wujud. Kenapa? Sebab aku merupakan seorang pelajar wanted dan mempunyai banyak masalah disiplin. Bukan masalah disiplin sangat pun, pada pendapatku. Semuanya masalah disiplin berkaitan tak datang sekolah, tak siap homework, tak hantar homework, datang lambat ke sekolah, and rambut panjang. Maklumlah, daripada sekolah rendah memang jarang buat homework, setakat kena rotan dan didenda berdiri atas kerusi tu pun apalah sangat. Alah bisa tegal biasa. Tu yang terbawa-bawa sampai sekolah menengah.

Macam biasa, aku berjalan ke arah di mana tempat beratur para pelajar 4SN3, iaitu kelasku di tapak perhimpunan. Disebabkan aku seorang yang pendiam, aku duduk beratur dengan pelajar yang lain tanpa bertegur sapa dengan sesiapa pun. Aku melihat rakan-rakan kelasku sibuk bertanyakan mengenai kerja sekolah sesama mereka. Itulah kerja mereka setiap pagi. Ada juga yang khusyuk menyelesaikan kerja sekolah mereka yang lupa untuk diselesaikan manakala aku hanya buat endah tak endah sahaja aktiviti mereka itu. Mereka juga tidak bertanyakan aku mengenai kerja sekolahku kerana mereka tahu aku seorang yang pemalas untuk penyelesaikan sebarang kerja sekolahku. Jika ada sekalipun, setelah dimarah oleh cikgu barulah aku selesaikannya ibarat pahat dengan penukul bila diketuk baru berjalan.

Pada hari itu, aku sibuk mengelamun seorang diri, tiba-tiba ku terlihat seorang gadis daripada kelas yang beratur di hadapan kelasku. Mataku tertumpu padanya yang sedang tertawa dengan senyumannya yang begitu manis bersama rakan-rakan kelasnya. Tetapi aku tidak peduli pun tentang rakan-rakannya walaupun mereka juga ada rupa paras yang boleh tahan, apa yang aku lihat hanyalah dia. Ku berfikir sejenak, "Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku tengok dia ni macam comel semacam je ni? Aku dah jatuh hati kat dia?". Aku cuba abaikan perasaan ini dan menganggap sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku lantas terus mengalihkan pandanganku pada cikgu disiplin yang sedang bercakap di tapak perhimpunan pada ketika itu.

Semenjak hari itu, aku sering terfikirkan tentang dia. Pada setiap pagi, pasti aku akan curi-curi lihat dia. Aku sentiasa tersenyum sendirian ketika melihat dia kerana dia seorang yang ceria. Boleh dikatakan setiap pagi aku berpeluang melihat senyuman dia. Aku harap sangat aku dapat berkawan dengan dia, tapi aku tak tahu dari mana aku perlu mula. Sejujurnya, aku memang terkenal dengan sifatku yang pendiam dan pemalu tetapi berbisa apabila berbicara. Kenapa berbisa? Sebab aku digelar sweet talker. Dengan rupa paras yang agak kacak, aku menjadi bahan bualan beberapa golongan pelajar perempuan di sekolahku. Bahkan juga, aku turut menjadi crush kepada beberapa orang pelajar perempuan yang pernah ada di antara mereka yang meminta couple daripadaku dan ada juga di antara mereka yang meluahkan perasaan mereka padaku melalui laman sosial iaitu facebook dan wechat. Oleh kerana sifat pemaluku, aku buat tak tahu sahaja, tapi jika mereka berjaya menarik hati aku dan berkawan denganku, mulalah keluarnya ayat-ayat manis daripadaku yang membuatkan mereka semakin suka kepadaku.

Walaupun begitu, aku tetap berstatus single. Bukan kerana aku tidak minat, tetapi sebab malas nak layan kata-kata yang diluahkan oleh mereka yang membuatkan aku rasa rimas dan lama-lama menyebabkan rasa minatku pada mereka semakin lama semakin pudar. Akhirnya, mereka semua hanya seorang kawan pada mata aku. Berbalik pada gadis yang aku jatuh hati tempoh hari, aku masih setia menantinya yang menyebabkan aku lebih 'menjual mahal' terhadap pelajar perempuan yang lain. Yang peliknya, disebabkan aku 'menjual mahal' sebab itu jugalah makin ramai perempuan yang tertarik padaku. Walaubagaimanapun, aku tetap mencuba untuk mengenal siapa rakan-rakan pada gadis yang aku jatuh hati itu, aku tanyakan mengenai mereka kepada rakan-rakan kelasku tapi malangnya tak seorang pun yang mengenal salah seorang daripada mereka. Mungkin juga masalah jurang perbezaan umur kami yang menyebabkan semakin susah untuk mengenali mereka. Betul tu, mereka berada di tingkatan tiga manakala aku di tingkatan empat. Jadi sukar untuk kami para pelajar yang digelar senior tahun ini untuk mengenali junior yang dahulunya pelajar petang kini digelar pelajar pagi. Kalau mahu kenal sekalipun, pasti akan mengambil masa. Namun, aku tidak berputus asa dan terus menantinya dan berharap kita pasti akan bertemu.

Bersambung . . .

Maaflah kalau cerita ni tak menarik .. >_< Ash dah cuba untuk buat semenarik yang mungkin.. And btw, ni berdasarkan pengalaman hidup Ash tau, jadi boleh dikatakan cerita ni kisah benar.. Maaflah kalau ada sifat riak, bangga diri, or masuk bakul angkat sendiri, tu semua sbb nak bagi cerita ni menarik dan itulah juga yg Ash fikir pada masa tu.. Tipulah kan kalau korg tak pernah bangga diri? :P haha okay.. Semoga jumpa lagi di entri yang seterusnya.. Sambungannya bukan esok, atau lusa tau? Maybe minggu depan sbb nak buat cerita ni ala2 drama sikit.. hee~ ^_^ So, stay tuned okay? ^_^


Wednesday, February 4, 2015

Masalah Badan Kurus? (Tips untuk Lelaki)

Assalamualaikum! So, dear readers, today I want to share a few tips on how to get a stable body weight.. Tu diahhh ckp mat saleh satgi org susah nak paham baru tau.. :P haha.. Nak dijadikan cerita, Ash dulu orgnya mmg kurus gila, since sekolah rendah mcm2 gelaran org bagi.. Sedih tahu! T.T Ada yg panggil keding, lidi, kering, sampaikan ada yg panggil ikan bilis! Hah, ni ada satu gambar Ash masa form 2 kalau x silap..

Harap Maklum kad poker tu hanya hiasan, say no to JUDI
Alahai, comelnya lah Ash masa form 2 dulu.. (Masuk bakul angkat sendiri sbb xde org puji comel masa form 2 dulu.. Sekarang? 2x5 je sebenarnya.. haha XD) Tengoklah tu, tangan bukan main kurus lagi kn? Macam batang penyapu pun ada.. No wonder lah kan kalau org bagi nama gelaran mcm2.. T.T Secara lebih lanjut lagi, Ash ni sebenarnya seorg yg kuat makan, tapi badan tak naik2.. Hee~ ^_^ Jadi, sesiapa yg kurus and nak tahu mcm mana nak naikkan berat badan supaya dpt normal BMI level, follow tips2 di bawah..

1. Makan nasi dalam kuantiti yg banyak

Sebab apa? Sebab nasi ni dia penuh dgn kalori! Sbb tu siapa yg nak kurgkan berat badan tak boleh makan nasi.. Kalau nak diikutkan kajian sains lah kan, knp ada sesetengah org mcm Ash makan banyak tapi badan tak naik ni, ialah sbb faktor metabolisme dalam badan! Apa itu metabolisme? Metabolisme ni ialah sesuatu tindak balas kimia yg berlaku dalam badan. (Haa sudah, dah x paham ape dah.. :P) Xpe, senang cerita, kalau siapa yg kadar metabolisme diorg ni tinggi, pembakaran kalori dpt dibakar dgn cepat dan berubah menjadi tenaga.. Kalau kadar metabolisme rendah, pembakaran kalori dlm badan menjadi slow, dan lama2 kalori yg tak habis dibakar tu menjadi lemak.. Jadi, kenapa perlu makan nasi banyak2 untuk naikkan berat badan? Sbb kita nak lawan kadar metabolisme dalam badan, biar dia sampai tahap dah slow bakar kalori dan lastly kalori yg tak habis dibakar tu menjadi lemak.. :3

2. Makan 3-5 kali sehari

Kita kena always makan so probably setiap 3 or 4 jam sekali jangan biarkan perut kosong so your body will gain more calories.. Yg penting! Jangan pernah skip meal! Bangun pagi2 jgn lupa sarapan, makan tengahariminum petang, makan malam, and ambil midnight snack.. (Maybe sekeping or dua keping biskut satu jam sebelum tidur dah cukup, jangan melantak nasi pulak :P) Biasanya 5 waktu untuk makan ni ditegaskan oleh ahli2 bina badan.. (Ash tahu sbb Ash rajin membaca.. Hee~ ^_^)

3. Workout ! Jangan jadi pemalas !

Mesti ada yg tertanya tanya kan, "Badan kurus pun nak kena exercise jugak ke? Tak ke makin kurus nanti?" Well, Ash bagitau sbb soalan ni fakta & pernah berlaku.. Hee~ ^_^ Sbb apa kena workout? Sbb kita akan hack body kita dgn menambahkan berat badan bukan daripada lemak, tapi daripada otot! So, seelok-eloknya pergi lah gym sekali skala, or just buat push up je kat rumah pun boleh.. :D (Fyi, Ash x main gym and Ash hanya bergiat dlm streetworkout :D) Jadi, sebab itu lah kena ambil kalori banyak2! Jadi, kita akan ada banyak tenaga untuk workout! More workout, more muscle, and more bodyweight! >:3 Jangan lupa ambil protein sekali kalau nak lagi cepat bina otot.. :3

4. Elakkan daripada lakukan aktiviti kardio

Contohnya ialah jogging, main futsal, bola, badminton or sebarang aktiviti lain yg perlukan pergerakan cepat & tangkas.. The reason is, semua contoh aktiviti ni akan mempercepatkan kadar pembakaran kalori untuk menampung  kehilangan tenaga yg banyak ketika badan bersukan.. Bukan tak boleh, tapi aktiviti ni akan bina 'lean muscle', kita xnk lean muscle, tapi kita nak 'bulk muscle' (Tips ni saya dapat daripada seorang coach ahli bina badan).. Lean muscle ialah otot jenis kering & ganas, contohnya boleh tengok pada Lee Chong Wei, pemain badminton negara kita atau contoh lagi satu ialah Bruce Lee.. Itu la dia contoh lean muscle.. Bulk muscle pula sejenis otot yg nampak besar & yg boleh buatkan awek melting sampai meleleh air liur tengok :D (Well, I know tak semua suka laki badan berotot ni :P) Bulk muscle ni yg mmg dah biasa kita nampak, sbb mmg ramai ade bulk muscle ni (abe2 sado yg main gym tuh semua bulk muscle lah tuh :P)

So, itu la dia antara tips2 yg Ash sendiri amalkan daripada dulu.. Nak bukti yg lebih kukuh tntg keberkesanan tips ni? Hah, tengok gambar bawah ni..
Dulu berat 33KG (2011), sekarang 60KG (2014)

Haa nampak tu? Bukan setakat badan makin sado, muka pun makin hensem tau! (Gurau je, xmo marah ea? >_<) Itu gambar form 2 dgn tahun lepas form 5.. Lebih kurg 4 tahun gitu? Haha.. Itupun sbb jarang workout.. Ash workout 2 minggu sekali atau pun sebulan sekali je.. (Pemalas punya pasal :P) Tapi okay apa? At least ada jgak perubahan dulu dan sekarang.. Andai kata Ash tak makan byk & tak try workout, maybe berat Ash sekarang cuma around 45KG gitu, dh la tiap2 tahun naik bpe KG je, tak sampai 5KG pun naik setahun, berat badan tak normal.. T.T Btw, Ash start workout sejak form 3.. Ngee~ ^_^ That's all for now~ Kalau ada sesiapa nak minta pendapat, or nak workout routine drpd Ash, bagitau lah ea? Kalau nak routine Ash untuk abs dgn leg biasa2 je Ash boleh bagi, tapi kalau nak bahagian bicep, tricep, chest mmg my favourite :P Kalau nak, nanti Ash buatkan satu entri post khas untuk korg.. And ingat, jgn minta workout gym or angkat berat sudah, Ash just buat streetworkout, tak perlu dumbell, tak perlu angkat berat, boleh buat kat rumah or mana2 je.. Ngee~ ^_^

Tuesday, February 3, 2015

Dear My Cute Little Sister ^_^


With My Cute Little Sister

Assalamualaikum! So, emm kali ni Ash nk cerita serba sedikit dgn adik kesayangan Ash yg dlm gambar tuh.. hee~ ^_^ So, tahun ni dia darjah satu and dia paling suka kalau bab2 keluar berjalan ni.. Haha.. Biasanya Ash keluar berjalan dgn member je, tapi hari ni dia xnk duduk rumah sbb mak xde kat rumah keluar gi kerja.. Lagipun, kalau tinggal kat rumah dgn abg dia yg lgi sorg tuh asyik kerja tidur je, nanti kita yg kat luar ni pula risau.. -.-" Jadi, we're out on a date! Muehehe :P Dgn adik sendiri pun kira date ke? haha ngarut ah..

Nak tahu lagi pasal dia? haha.. Dia kalau keluar berjalan dgn abg dia, mmg xkn terlepas tngn abg dia.. Dia pemalu orangnya.. Hihii ^_^ Kalau keluar dgn family ramai2 baru lah dia berani sikit nak jalan xpyah pimpin tangan sesiapa.. Tapi! Dia mmg active sangat2! Tak reti duduk diam.. Rasanya tu lah yg buatkan orang lain suka tengok dia.. haha :P

Opsss! Lupa nak beritahu nama, nama dia ialah Qistina! Dia mmg cepat ngam dgn kwn2 sebaya dia.. Tapi kalau org yg lebih tua yg dia tak kenal tegur dia mmg dia xlayan..Btw, she really adores her brother.. :D Dia mmg kagum gila dgn Ash & selalu anggap Ash ni idola dia.. haha.. Tak ke rasa terharu kt situ? Yela, bila adik kita anggap kita sebagai idola & berharap nak jadi hebat mcm kita, mesti la kita akn terharu kan? And kita berharap dia pun dapat jadi mcm kita or lebih baik drpd kita :) That's why I always try my best to be the best brother that she can be proud of! ^_^ Alahai, xtahu nak cerita apa lagi pasal dia.. Hihii, cukuplah kot rasanya untuk setakat ni? Okay that's all for now, take care dear readers ^_^

Segmen | Pencarian Bloglist oleh Mrs.Marble

Klik Banner Sini~


Assalamualaikum! Jom la pakat2 kita join, ye? ^_^ Klik je banner kat atas tu :)

Monday, February 2, 2015

Dunia Sekarang Dunia Duit

Dunia Ni Semuanya Tentang Duit!
huarghhhhh!! Tolong! Apa ni? Duit? Kenapa perlunya duit? Dunia sekarang ni dunia duit! Sampaikan nak masuk tandas pun kena bayar, at least 20 sen tau! Zaman dulu boleh la, takde duit..

My Grandma from Kedah once told me, "Biaq pi la malaih blajaq, asaikan rajin kerja.."

Well, bagi saya lah kan.. Kalau tak belajar pandai2, peluang nak dapatkan kerjaya yg beri pendapatan lumayan tuh mmg tipis.. That's why I'm always worried about my future!! Saya ni dah la jenis yg xtahu apa cita2 sendiri (btw, simptom ni biasa berlaku pada pelajar remaja yg bijak pandai.. Seriously., Saya lah salah satunya.. Hmm -.-) Saya tak tahu apa yg saya minat.. Sedih tau! T.T Satu2nya benda yg saya tahu, subjek yg saya minat masa zaman sekolah ialah Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.. Hee, bukan nk bangga diri lah kan.. Tapi saya mmg byk terima pujian drpd guru2 yg mengajar saya subjek BM & BI..

Cikgu BI waktu form 4, "Saya suka Asyraaf, dia punya BI bagus.."
Cikgu BI waktu form 5, "I have high expectation on you okay, Asyraaf? Do your best.."
Cikgu BM form 4, ayat ni cikgu ckp lepas saya disuruh buat ayat kat whiteboard berdasarkan perkataan yg cikgu bagi, "Sebab tu saya suka Asyraaf.. Saya suka cara penggunaan bahasa dia.. Dia guna perkataan yg bombastik"
Cikgu BM form 5? Jangan tanya, tak semua cikgu suka saya.. -.- Nnti saya cerita kay zaman sekolah saya di entri yg lain.. Hee~ ^_^

Tapi saya mmg drpd sekolah rendah dipuji sbb bahasa saya.. I guess that's the only talent I had, huh? haha.. Sekurang-kurangnya ada lah juga bakat daripada takde kan? ^_^ Tapi, jujurlah kan, saya still jealous dgn kawan2 saya.. Sbb apa? Yela, ade yg dipuji sbb 'terer' dlm subjek yg susah2 mcm Chemistry, Physics, and Addmath.. Seriously, saya mmg lemah dlm subjek2 lain.. The only subjek I can score A is just English, seterusnya barulah Bahasa Melayu, and so on.. Subjek lain takdelah teruk mana, tapi standard lah kan kalau mata pelajaran elektif tu gagal? Hee~ ^_^

And sejak tu saya dalam dilema.. Apa cita2 saya? Nak meneruskan bakat dlm bidang penulisan? Tapi bila fikir2kan balik, saya budak sains.. Rugilah kalau tak ambil kerjaya yg hanya budak sains je boleh dpt.. Seperti, bidang perubatan or engineering maybe? Ha! Kalau nak tahu, saya minat bahagian multimedia! Buat2 kartun, edit gambar, buat video and segala yg berkaitan dgn multimedia.. Sekolah saya ada satu kelas ni kelas GB namanya also stands for 'Grafik Berkomputer' .. Mmg pelajar kelas ni belajar semua berkaitan yg saya minat! Tapi, hmm.. Saya nak masuk kelas ni tapi.. Mak saya halang saya.. Dia kata takde masa depan, banyak saingan and mcm2 la.. And sejak tu, I took my study effortlessly.. Semenjak saya form 4, disebabkan tak dapat masuk kelas tu.. Saya hilang interest dlm pelajaran.. Sayang sebenarnya bekas pelajar yg pernah skor 7A dlm PMR sia2kan bakatnya begitu saja..

Then, bila dah dekat nak SPM, barulah terkejar-kejar setiap matapelajaran yg pernah tertinggal.. It's hard to admit it but I really regret of myself for not taking my studies seriously.. Orang sekeliling semua meletakkan harapan tinggi pada saya.. Terutamanya sekali mak saya, cikgu saya, kwn2 saya and paling rapat dgn saya, classmates saya.. Diorg semua just buatkan saya lebih tertekan untuk belajar pada saat akhir sebelum SPM.. Well, apa boleh buat kan? I try my best, and try to break through it with my own force of effort.. Harap2lah result saya nanti okay.. Hmm..

Lastly, saya masih keliru tentang pilihan kerjaya saya.. Apa yg saya fikir, saya just nak dapatkan pendapatan dgn hasil usaha saya sendiri untuk bantu keluarga & kawan2! (fyi, saya seorg yg malas kerja :P) Saya teringin nak ada kereta BMW saya sendiri.. (Tinggi kn impian saya? haha ^_^) Tak ada masalah kewangan, malah boleh tolong org lain selesaikan masalah kewangan diorg.. Hopefully I could find my path of career soon enough.. >_< So, that's all for now! Laterrr~

Sunday, February 1, 2015

Belajar Untuk Tidak Menyusahkan Orang Lain Lagi

Belajar berdiri atas kebolehan sendiri
Assalamualaikum~! Korg apa khabar? sihat? Alhamdulillah kalau sihat ^_^ Well, entri baru saya kali ni ialah berkaitan dgn kawan.. Dalam dunia ni banyak jenis kawan kn? Yg mostly banyak kat muka bumi ni ialah kawan makan kawan.. Tragis kn? hmm.. Saya tahu semua org mesti ada at least sorg kwn mcm ni.. Saya sendiri pun pernah ada.. The main point of this topic is, learn to stand with your own two feet! Saya dulu ni jenis yg takde keyakinan diri dan selalu mengharapkan orang.. So, saya ni ade ramai kawan ngee~ ^_^ Tapi, bila sampai satu masa, kawan kita sendiri kutuk kita belakang2 sbb kite terlalu depends kt die, even kita selalu tolong antara satu sama lain.. Bila member yg kite betul2 harapkan kata mcm tu, terasa mcm diri ni hina sangat kt mata diorg.. hmm.. Then baru la saya sedar.. Dlm dunia ni, kita tak boleh terlalu harapkan orang.. Belajar hidup tanpa perlu menyusahkan orang lain.. Lagipun, kita boleh jadi lebih berdikari and lebih berkeyakinan diri.. hihii ^_^ Dah tak perlu dah nak mengharapkan orang lain sangat, biar orang yg mengharapkan kita takpe.. hahaha.. So, the moral of the story is, ada dlm caption gambar atas tuh.. So, k chaww~ Tunggu post yg seterusnya okay? ^_^

Cara Mudah Dan Pantas Untuk Tingkatkan Trafik Di Blog

Assalamualaikum~! Hai semua.. Saya nk share sikit serba sikit trick untuk naikkan trafik di blog.. Well uh, saya dh lama buat blog saya ni, tapi tak pernah ada pembaca sbb ni blog syok sendiri.. Hee XD Then tetiba jumpa entri menarik ni, saya pun cuba la.. Jom! Korg pun boleh try ^_^

(Entri ni copy & paste) 
Haa... ini adalah cara cepat beb! Nak up kan traffic korang tak? Tadi jenguk blog Yaty dan terbaca entry latest dia pasal macam mana nak upkan traffic blog kita. Maybe caranya kurang paham sikit tapi takpe saya nak cuba dulu. Jom kita pakat cuba ramai-ramai. Tak rugi pun kan kalau try cara ni. Kalau menjadi kiranya kita bertuah.

Cara nya begini:

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.



PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

***So urutannya jadi mcm nie...

15. Blog Anda 


4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!

***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak... Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat... ingat lagi byk backlink kiter... lagi tinggi rating kiter kat google..


Kite cuba je ni,tak tahu macam mana result.Kite nak singgah semua link di atas.Korang tunggu apalagi?