Friday, July 31, 2015

Apa Masalahnya Dengan MLM ?

Hai assalamualaikum :) So, hari ni Ash nak cerita tentang cabang2 buat duit .. Berminat? Teruskan membaca :) So, majoriti masyarakat kita mesti pernah dgr mcm2 sistem buat duit yg selalu diiklankan terutamanya di Facebook .. Okay, sebenarnya mmg banyak cara boleh buat duit dgn menggunakan sistem2 ni .. Dan semuanya ada konsep yg sama .. Nk tahu apa dia? PERLU CARI ORANG ..

Tapi kat sini, Ash cuba nak ubah mentaliti korg semua tentang bisnes2 ni .. Kalau kita fikir betul2lah kan, kat dunia ni benda apa je yg tak cari org? McD, KFC, Domino semua kena cari orang atau bahasa biasanya "pelanggan" .. Kalau takde pelanggan, of coz lah xdpt buat duit kan? Bagi sudut lain pula, contohnya mcm Astro.. Astro pun perlu cari orang .. Nnti si promoter ni akan dpt komisen drpd syarikat.. Kan? Mcm tu jgak dgn benda2 lain.. Kereta, motor, rumah yg nak dijual semua kena cari orang nnti orang yg jual tu dpt komisen ..

Sebenarnya sama je konsep benda2 ni dgn bisnes yg dikatakan MLM ni .. Cuma bezanya bisnes jenis MLM ni, kita BERKONGSI peluang biar semua orang boleh jadi KAYA .. Benda yg paling penting dlm MLM ialah KERJASAMA !! Kita kena saling membantu biar orang lain pun boleh berjaya mcm kita jgak :)

TETAPI ..

Kenapa orang kata MLM menipu?

1. Leader atau Upline tak ambil peduli pasal anda
MLM mmg dh lama wujud.. Dan majoriti masyarakat kita semua pernah cuba ceburi MLM ni .. DAN KEBANYAKKANNYA SEMUA GAGAL .. Sbb apa? Sbb org atas anda tak buat kerja mereka !! Diorg dpt duit, diorg bla .. Diorg tak turunkan ilmu2 yg WAJIB korg anda .. Sbb tu majoriti ahli2 MLM yg BELUM BERJAYA ni terumbang ambing yg akhirnya hanya jumpa jalan buntu ..

2. Kegagalan anda sendiri mencari orang
Knp benda2 mcm ni boleh berlaku? Yup, ia berkait dgn sbb no 1 di atas tdi .. Sbb kurangnya ilmu dlm diri !! Leader anda tak ajar cara menarik minat orang, tidak melatih sifat dlm diri anda supaya menjadi lebih yakin, cetek pengetahuan tntg bisnes yg anda join .. Apa yg anda tahu, keluar modal then cari orang, tu je .. Sbb tu kebanyakannya gagal disebabkan tiada sifat2 yg penting ini dlm diri mereka .. Then bila gagal, wajarkah sistem MLM pula yg dipersalahkan? Padahal sistem MLM ni diiktiraf seluruh dunia !!

--------------------------------------------------------------------------

Jenis-jenis MLM

1. Fokus Cari Downline
Biasanya untuk anak2 muda yg masih study di sekolah ataupun ipta n ipts, mesti pernah dgr tntg 1whp kn? Yup, ni pun kira MLM jgak kalau korg nak tahu .. Modal RM bape entah x ingat ._. Then cari 10 orang and blababla then dptlah income gitu gini and blablabla lagi~ :P *Hehee Ash x join pun jdi xtahu detail >_<* Contoh2 lain ada SniperNetwork, CMD, KDB (Komuniti Duit Belanja) and mcm2 lah serabut kepala otak sbb bnyk sngt yg Ash pernah jumpa @_@

2. Produk
Untuk jenis ni pula, korg keluarkan modal untuk daftar sbg ahli dan korg boleh dpt produk2 mereka dgn harga yg murah untuk dijual .. Di samping korg menjual brg, korg perlu tarik org untuk jadi ahli seperti anda dan dijadikan downline untuk dapatkan komisen yg lebih bnyk drpd jualan anda .. Jadi income mereka dtg drpd dua hala, satu drpd jualan produk dan lagi satu melalui downline mereka .. Biasa bisnes yg ni yg paling popular skali kt Malaysia .. Contohnya mcm Elken, Shaklee, Hai-O and mcm2 lh ! ^_^

3. Pelaburan
Bagi yg ini plak .. *Sebelum tu Ash nk bgitau yg Ash kurg sikit ilmu kalau bab yg ni .. Sbb biasa2 orang2 yg duit banyak je join mcm2 ni .. ._.* Kalau jenis yg mcm ni, anda keluarkan modal untuk join dan menunggu income drpd pelaburan anda tu masuk dan sama mcm MLM lain kalau nak lebih income, cari downline .. Contohnya mcm PowerGold & Forex Trading ..

------------------------------------------------------------------------------

Nampak tak, secara kita sedar or tidak, mmg hidup kita ni dikelilingi dgn MLM yg dpt membantu kita mendapatkan income sampingan .. Kita tak boleh fikir yg MLM ni mengkayakan orang atas or sistem piramid .. Kalau anda kerja lebih, income anda lebih bnyk drpd upline anda (kecuali untuk MLM jenis no 1) Dan kalau kata sistem piramid, cuba difikirkan balik, kat tempat kerja korg tu pun ada sistem piramid .. Siapa yg paling kaya? Of coz lah boss korg .. Siapa gaji lagi besar? Of coz lah korg punya atasan yg berjawatan .. Korg kerja keras mcm mana sekalipun korg tidak akan pernah kaya mcm boss korg dan gaji korg takkan pernah setanding dgn atasan korg .. Korg akan tetap makan gaji sampai bila2 .. Korg kerja, tapi orang atas korg yg kaya ..

Di sinilah kebaikannya MLM .. Tidak kira siapa anda, kuli ataupun bos, sama2 boleh kaya !! Lebih kuat anda kerja, lebih banyak income yg anda dpt, dan silap2 income anda boleh mengatasi upline or leader korg !!

Tapi sebelum tu, Ash nak tekankan sikit sebelum korang join mana2 MLM .. Kat dunia ni tak semua orang jujur .. Ada orang just keluarkan janji palsu hanya untuk tarik korg join mereka .. Then bila korg dh join, diorg dh dpt duit diorg pun lesap .. Dh bnyk kes ni berlaku kt kwn2 Ash .. Ramai lh lgi kes lain kena tipu yg Ash pernah jumpa .. Kesian tngok diorg .. Yela, diorg berkais dptkan duit, sanggup ketepikan modal sampai RM500 - RM3000 untuk join .. Last2 lesap mcm tu je, habuk pun x dpt .. Dan dari kesempatan ini, Ash sarankan kalau nak cari leader, cari lah org yg jujur mcm Ash .. *Nak berlagak kata diri sendiri jujur ke cmne ni? :P*

And lagi satu ! Hati2, jgn join sebarang2 MLM .. Mmg MLM ada bnyk jenis, tapi ada jenis MLM yg susah buat duit, nak balik modal pun susah .. Ash xnk lh bgi contoh sbb xnk aibkan mana2 pihak .. Ada yg sampai perlu cari 10 orang atau lebih baru balik modal .. Tak berbaloi kn? -.- Then bila tak berjaya cari seramai orang yg diperlukan mulalah putus asa .. Sebelum join, kaji dulu .. Jadi, jgn sampai menyesal di kemudian hari .. Hehee ^_^ Search kat google ke atau lebih baik buat solat istikharah .. *Tu diaahhh smpai mcm tu skali :P* Hey, Ash serius ni !! Kita join sbb apa? Sbb nak merubah nasib hidup kita kan? Mesti lh dlm jangka masa yg panjang bukan singkat !! Kita nak kaya lama, bukan sekejap2 je :P Jadi apa salahnya meminta petunjuk drpd yg Maha Esa adakah ia merupakan satu langkah yg baik untuk dilakukan dan meminta keberkatan drpd DIA supaya semuanya akan mudah dan berjalan lancar :)

------------------------------------------------------------------

Mcm tak percaya je Ash buat entri pasal MLM sampai panjang camni .. Sampai Ash sendiri pun malas nak baca balik untuk cari kesalahan ejaan ke apa XD *Sbb Ash tak suka baca fakta panjang2 :P* Ash ada satu bisnes yg MLM networking yg dijamin bagus dan berbaloi kalau korg nak join .. Nanti Ash cerita lain pd entri yg berikutnya ^_^

Tuesday, July 21, 2015

Ash Online Shop Open For Business

Hai Assalamualaikum semua ^_^ So, untuk update kali ni, Ash dh kemaskini beberapa produk yg Ash jual iaitu Double Stem Cell & 2Slim .. Ash dh tambah beberapa testimoni untuk produk2 tersebut :) And btw, Ash dah update semua harga produk Ash yg terbaik dari ladang yg tiada di tempat lain :P So, jgn lupa singgah lah ea? Ringan2kanlah jari tekan menu kt atas tuh ^_^ So, klau ade pape, contact je Ash okay? ^_^ Take care for now :) 

Tuesday, July 7, 2015

Ash nikah? I will rethink about that -.-"


Hai, Assalamualaikum rakan2 bloggers sekalian :) Hari ni Ash nak cerita sikit pasal diri Ash tntg nikah gantung atau lebih dikenali sbg nikah khitbah dlm bahasa arab :)

Kenapa Ash timbulkan isu ni hari ni? Ash nak nikah dah ke? Haha .. No lah, saje je nak share serba sedikit tentang kebaikan nikah gantung ni :) (Sendiri tanya, sendiri jawab, syok sendiri XD)

Nak dijadikan ceritalah kan, Ash ade girlfriend .. Standard lah kan kalau budak2 remaja sebaya dgn Ash ade girlfriend ._. Buat masa ni kteorg belum jumpa lagi family masing2 .. Tapi of coz lh kteorg pernah bincang pasal nak kawin >_< Pasangan mane je yg xnk kawin >_<

So, my girlfriend told me that her mom said that dia xbagi anak dia kawin terus .. Nak suruh tunang je dulu setahun dua baru kawin .. And Ash bila dgr kenyataan drpd bakal mak mertua Ash, Ash pun, "Krik krik .. Krik krik ..Why mak cik? Why?!!"

Bukan ke lebih elok nikah terus berbanding tunang? Nanti xde lah nak sweet2 dikira buat maksiat, betul tak? Hehee >_< *gatal*

For me lah kan, it's better to nikah je terus :) Ash tak harap pun nak tidur sebilik.. Seriusly ._. Menjadi seorang bapa pd usia muda? Entah lah tak pasti sanggup ke tak ._. That's why I ajak my girlfriend nikah gantung, tapi parents diorg cam x bagi je -.-

Bukannya apa, kita sbg lelaki, walaupun sehebat hebat lelaki pun, kalau kena belai dgn perempuan confirm tewas punya !! *Gatal lagi sekali >///<* Baik2 tengah marah, boleh reda marahnya, tngh sakit boleh sihat tetibe, tengah . . . Okay dah cukup ..! Kang x pasal2 hukum nikah Ash jadi wajib tetibe nanti kang ._. (Hope xde sape faham :P)

One day Ash tnye lah ibu Ash, "Ibu, boleh tak nak nikah gantung?"
Nak tahu tak my mum ckp ape? XD

"Hang dah gatai sangat hang pi lah nikah sana!"

Haha, hanya mampu gelak je dgr ibu ckp camtu >_< Xtahu plak dlm hati dah excited gile dah :P

I've been in a relationship with my girlfriend for 10 months .. Ash terfikir jgak, raya nanti 1st time Ash akan jumpa bakal mertua face to face ._. So, ingat nak bodek sikit lah nak pujuk bagi kami nikah bagi menghalalkan keluar dating >_< (Serius, Ash tak pernah keluar dating berdua dgn girlfriend Ash ._. Nampak tak betapa kami jaga hubungan kami >_<) Dia kalau keluar mesti nak ade kawan dia then berkepit je dgn kawan dia -.- Tu tak dikira kami keluar dating kan? :P

Dgr kata ayah dia garang ._. Pernah satu ptg, kteorg jumpa kt taman and biasalah dia dgn kwn2 dia -.-
Biasalah kn Ash ptg2 lepak jgak dgn kwn2 Ash workout ape semua .. So, kteorg just jmpe bual2 .. X alih2 kwn abg dia pn lepak skali kt taman tuh -.- Dh tu, balik ptg tu abg dia ngadu kt ayah dia.. Nak tahu ayah dia ckp apa?

"Kau keluar jumpa jantan eh?! Kalau aku dapat tangkap kau keluar dgn jantan, nahas kau!!"

See? Dgr my girlfriend cite mcm tu terus berdiri weyh bulu roma satu badan -.- Hey pak cik, for your information, kteorg tak keluar dating berdua pun .. Ash dgn kwn2 Ash, anak pak cik dgn kwn2 dia .. Awat hang nak marah semacam je ni -.-

Hahaha!! Entah ayah dia tahu anak dia tu ade pakwe ke tak pun Ash tak tahu XD Well, tapi mak dia tahu ._. Agak2 apa respon diorg eh kalau raya nanti Ash beraya rumah bakal mertua and mengaku Ash pakwe anak dia? XD Teringin nak tahu ._. Tapi takut kena ketuk dgn lesung batu pun ada -.-"

Ash: Assalamualaikum, saya dtg nak beraya! ^_^
Mak mertua: Haa jemput lah masuk :) 
Ayah mertua: Kamu ni siapa? Kwnnya *sebut nama abg2 girlfriend Ash* ?
Ash: Bukan pak cik, saya pakwenya anak pak cik ._. *poker face and muka tak bersalah*

Tak pasal2 Ash berlari kena kejar satu kampung pakai parang oleh bakal ayah mertua XD
Aduhai takutnya -.-

Haha, that's all for today I guess .. Harap2 lah kalau Ash gi beraya betul2 nanti tak berlaku macam tu ._. Semoga mak ayah dia terima Ash dgn hati yg terbuka.. *tadah tangan sedepa semoga doa dimakbulkan >_<* Amiinnn! Okay, semoga bertemu lagi dlm post yg seterusnya :)

Monday, July 6, 2015

Ash's Dropship & Online Shop

Hai Assalamualaikum semua :) Sorry dah lama tak update sampai berhabuk dah blog ni -_-" Well, nak buat mcm mana kan, Ash dh lah x sambung blajar, then bergiat dlm bidang bisnes sepanjang Ash menghilang >_< Ash dh update produk baru, buat masa ni mmg akan jual tu je dulu ..

Btw, bagi sesiapa yg berminat, Ash terfikir nak buat dropship untuk produk Ash .. Tak bnyak sngt pun jenis brgnya, just 4 jenis produk je .. Mesti ade yg terfikir kn, alah dropship income baru bape, RM5 or RM10 je satu brg kite jual ..

TETAPI, khas untuk rakan2 blogger Ash, korg akan dapat RM20-RM50 bagi SATU PRODUK yg berjaya korg jual ^_^ Haa, banyak tak sampai RM50? Banyak kn? Sbb harga produk mahal, satu RM250, sbb tu Ash bagi upah bnyk kalau berjaya jual ^_^ Ni 1st time Ash nak buat dropship .. So, Ash x ambil untung bnyk pun .. Saje nak testing dulu .. Nnti kalau pasaran okay, produk pun senang jual, baru Ash ambil untung lebih sikit and tambah income tetap korg RM50 naik ke RM60 or RM100 maybe kalau dh laku sangat? haha ^_^ So, siapa yg berminat, just contact me okay? Kita usaha sama2, cari duit sama2, saling bertukar maklumat sama2, and insyaallah berjaya sama2 :)

Maklumlah, zaman sekarang zaman duit .. Lagi2 klau untuk budak yg tak sambung belajar cam Ash, boleh keje ape je? Keje kilang baru dpt RM1200+ .. Setakat seribu lebih tu, alahai .. Kelip mata je dah habis -_- Dh la dgn ekonomi negara semakin merosot, harga brg plak makin lama makin mahal .. Zaman akan dtg, sesiapa yg pendapatan dlm keluarga RM3000 ke bawah terletak dalam kategori org miskin tahu tak? Tak kawin lah Ash camni .. Huhuu T.T Ouh! One more thing, kat tab atas tu Ash ade letak produk2 yg Ash jual, so sesiapa yg terasa nak try produk yg Ash jual, beli lah ye? ^_^ Harga dh letak sekali rasanya :) Ash busy tak sempat nak letak testimoni bnyk2 -_- Nnti klau free Ash letak k :) Jgn risau, produk berkualiti sama kualiti dgn harganya ^_^ Okay, take care readers :)