Saturday, February 14, 2015

Cinta Pandang Pertama Zaman Sekolah (Episod 2)

Jom2 baca! Sambungan untuk episod sebelum ni.. Hee~ ^_^ Disebabkan sebagai tanda maaf sebab dah lama tak menge-post, Ash taip cerita kali ni lebih panjang daripada episod 1 sebelum ni.. So, here we go~

Tahun baru telah tiba.. 
"Wohoooo~! It's tahun baru, man! Excitednya nak berlagak jadi senior tahun ni.. hahaha" kataku di dalam hati keseorangan. Keputusan peperiksaan akhir tahunku tidaklah begitu memberangsangkan. Namun masih tidak terdetik pun di dalam hatiku untuk belajar bersungguh-sungguh walaupun aku tahu tahun ini aku akan menduduki peperiksaan SPM pada akhir tahun.

Angan-anganku untuk menjadi senior pada tahun ini jauh lebih menarik perhatianku daripada ingin mengejar kecemerlangan dalam SPM yang penting dalam hidupku. Impianku untuk menjadi seorang senior yang terkemuka semakin lama semakin menjadi-jadi apabila aku dilantik menjadi pengerusi di sebuah kelab kokurikulum di sekolahku.

"Di sini kita ada dua orang calon, siapa yang ingin mengundi sila angkat tangan ye?" kata seorang guru yang mengetuai kelab fotografi. Sementara aku dan seorang lagi calon yang juga merupakan sahabatku, kami diminta untuk menunggu di luar sementara undian dijalankan. Walaupun begitu, melihat daripada cara dan gerak geri sahabatku ini, dia sememangnya tidak terlihat begitu berminat untuk menjadi seorang pengerusi mungkin kerana tidak ingin memikul beban yang akan dibawa oleh seorang ketua. Manakala aku sudah berkobar-kobar di dalam hati kerana tidak sabar untuk menjadi seorang pengerusi yang merupakan impian aku semenjak dahulu lagi. Mungkin daripada gayaku yang terlihat seperti begitu excited untuk menjadi seorang pengerusi, ini telah menyebabkan undianku jauh lebih banyak berbanding sahabatku tadi.

"Dengan ini, Asyraaf akan jadi pengerusi Kelab Fotografi kita" kata guru kelab fotografi sambil tersenyum dan memberikan tepukan tanda sokongan dan dorongan untuk aku memikul tanggungjawab ini. Dengan menahan malu dek kerana tepukan gemuruh oleh setiap ahli-ahli kelab, aku berjalan menuju ke tempat dudukku sambil tersenyum-senyum tanda gembira.

Bukan itu sahaja, malah aku juga turut dilantik menjadi pengerusi bagi Unit Beruniform dan rumah sukanku. Ada juga di antara ahli-ahli dan guru yang menyatakan aku gila kuasa. Jangan salahkan aku. Aku dilantik kerana tiada ahli-ahli yang ingin tampil ke hadapan untuk mencalonkan diri mereka sebagai pengerusi. Walaupun ada yang dicalonkan, namun semangat dan minat untuk menjadi seorang pengerusi langsung tidak terlihat dalam diri mereka. Oleh itu, aku yang dilantik untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Disebabkan perlantikan tersebut, rata-rata ahli daripada pelbagai kelab dan unit uniform semua mengenali aku. Namun sayang sekali, itu masih tidak mampu menambat hati sang kekasih hati yang gerangannya entah di mana. Dahulu, kekasih hatiku sering dapat ku lihat kerana kelasnya berada hanya di hadapan kelasku ketika beratur di tapak perhimpunan. Namun kini tidak lagi. Kelasku tahun ini, 5SN3, berada di hadapan sekali di tapak perhimpunan manakala aku masih tidak tahu kekasih hatiku ataupun yang digelar crush berada di kelas apa tahun ini.

Setelah beberapa bulan berlalu, tanpaku sedari aku telah berstatus "taken". Namun bukan dengan sang kekasih hatiku yang ku tercari-cari selama ini tetapi dengan seorang atlet sekolah yang pertemuan kami langsung tidakku sangka.

Pertemuan kami bermula pada sebuah petang. Selesai sahaja aku study group bersama-sama rakan kelasku walaupun kami lebih bermain dan berbual daripada study, kami pun berpakat untuk pulang ke rumah apabila jam sudah menunjukkan pada pukul 6.00 petang. Seperti biasa, aku akan mengasingkan diri daripada kumpulan rakan kelasku dan berjalan sendirian. Aku menuju ke hadapan pintu sekolah lalu meletakkan beg sekolahku yang berat ibarat membawa dumbell seberat 10KG di bangku kerusi yang ada di hadapan pintu sekolah.

Sebaik sahaja aku bangun dan menuju ke arah public phone untuk menelefon sahabatku untuk mengambilku di sekolah, tiba-tiba terlihat seorang gadis atlet berjalan menuju ke pintu pagar sekolah sambil melihat tajam jauh ke dalam mata aku lalu duduk di bangku kerusi. Kami pun bertentang mata dengan agak lama lalu aku memulakan perbualan.

"Kau dah kenapa tengok aku macam tu, hah?"
"Mana ada, kau yang tengok aku dulu!"

Aku terdiam dan berfikir sejenak dalam keadaan confuse, "Eh, dah kenapa perempuan ni. Bila masa aku tengok dia?" Kemudian aku sambung perbualan tadi.

"Bila masa aku tengok kau dulu? Kau yang tengok aku dulu!"
"Iyeee! Kau yang tengok aku dulu!"
"Okay cuba bagitau bila aku tengok kau?"
"Ada time kat kelas kau selalu tengok aku!"

"Haa sudah, bila masa pulak ni..." keluhku sendirian.

"Bila masa aku tengok kau kat kelas?"
"Selalu. Kau lepak belakang pintu kelas lepastu kau tengok-tengok aku"

"Okay, mmg selalu lepak belakang pintu kat kelas tapi rasanya tak pernah kot tengok dia. Perasan kot budak ni..." sambungku di dalam hati.

"Ouh okay, memang ada aku selalu lepak belakang kelas, tapi kenapa kau cakap aku tengok kau?"
"Kelas kita depan2, kau biasa stay kat pintu belakang kelas kau pastu tengok kelas aku..."
"Kelas kau yang mana satu?"
"Alaahhh yg ada langsir warna oren-oren cantik tu"
"Ouh okay, kau kenal aku?"
"Tak"
"Pastu mcm mana boleh tahu tu aku?"
"Sebab kau selalu tengok aku"

Mulai daripada pertemuan tersebut, kami selalu bertemu dan spend time bersama. Selesai sahaja aku study group, kami akan berjumpa di hapadan pintu sekolah sebaik sahaja dia selesai latihan dia sebagai seorang atlet sekolah. Lama-kelamaan kami menjadi semakin rapat namun tidak terdetik pun dihatiku untuk jatuh hati padanya. Kami digelar "couple" kerana hubungan kami yang semakin rapat dan menjadi kecoh sehingga diketahui ramai akibat rakan-rakan atlet dia. Aku pun mengiyakan sahaja apabila ada yang bertanya jika dia ialah girlfriend aku. Lagipula, aku seronok berkawan dengannya kerana dia sanggup meluangkan masanya untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai aku. Aku rasa dihargai bila bersama dengan dia.

Walaupun begitu, hubungan kami tidak berkekalan lama. Disebabkan dia terlalu busy dengan aktiviti sukannya, kami sudah jarang berhubung. Namun, as always lelaki yang setia seperti aku ini, selalu ditinggalkan apabila hati sudah mula sayang. Bila difikir balik, begitu mudahnya remaja zaman sekarang mengambil ringan mengenai sesuatu hubungan. Tidak hairanlah jika percintaan zaman sekolah dianggap cinta monyet. Lain pula bagi aku yang selalu serius dalam perhubungan.

Hubungan kami berakhir sebaik sahaja MSSD telah tamat. Tahniah kepada para atlet sekolahku kerana berjaya menjulang piala kejuaraan bagi tahun ini. Sebaik sahaja MSSD tamat, gosip dan khabar angin mula tersebar bahawa dia ingin memutuskan hubungan kami. Apabila khabar angin tersebut sampai kepadaku, hatiku terkilan dan terluka yang teramat sangat. Aku segera mengambil peluang berjumpa dengannya. Dia tidak berkata apa malah menyalahkan aku. Apakan daya, hubungan kami akhirnya putus.

Beberapa minggu telah berlalu dengan penuh kenangan pahit menghantui aku. Disebabkan itu, aku begitu tak suka jika ingin memulakan sebuah hubungan couple daripada dulu. Walaupun biasanya orang kata lelaki ni selalu memutuskan hubungan, namun tidak begitu juga sekiranya pihak perempuan langsung tidak mencuba untuk mempertahankan sesebuah hubungan tersebut. Itulah yang berlaku padaku.

Dalam kegelapan, tak disangka ku temui satu cahaya harapan baru apabila aku melakukan study group seperti biasanya di sekolah. Berbezanya kali ini, aku study seorang diri di library sekolah. Sedang asyik study, muncul sekumpulan pelajar perempuan duduk di belakang mejaku. Apa yang aku lihat cumalah beberapa orang juniorku. Aku bangun lalu duduk satu meja dengan mereka dan mula berborak kerana sudah bosan duduk berseorangan.

Kami berborak, berbual, dan cerita serba sedikit tentang kisah hidup masing-masing. Walaupun ada di antara mereka yang tidak ku kenali tetapi aku buat muka tembok dan bercerita seperti biasa. Apabila dua di antara mereka bangun untuk mengambil buku rujukan di rak, tinggallah aku dengan dua orang junior yang lain yang tidak begitu rapat denganku dan salah seorang di antara mereka merupakan seseorang yang tidak aku kenali itu.

Dalam sedang mencari topik untuk dibualkan, aku memerhatikan mereka yang sedang study. Tiba-tiba, mataku tertumpu pada seorang gadis yang tidak ku kenali itu.

"Eh, dia ni? Macam pernah nampak.. Kat mana eh?" fikirku di dalam hati,

Rupa-rupanya, umpama bulan jatuh ke riba, sang kekasih hatiku kini muncul sebagai cahaya bagiku di dalam gelap.

"Awak, saya dah lama tunggu awak. Terima kasih muncul dalam hidup saya kembali sebagai semangat untuk saya terus melangkah" harapku di dalam hati.

Bersambung . . .

So, camne ceritanya? Boleh tahanlah kan.. Takdelah setanding cerita novel kat kedai2 buku yang berbayar tu.. Haha.. Benda free, terima jelah seadanya.. haha sorry kalau tak semenarik yang disangkakan >_< So, mulai esok Ash dah mula post entri yang entah pape.. So, nantikanlah ea? haha.. Take care dear readers! ^_^

No comments:

Post a Comment